Tag Archives: akhbar

Kepala tersangkut di mangkuk tandas

du_06.2

du_06.1

Kepala tersangkut di mangkuk tandas

LEEDS – Seorang remaja perempuan, Charlotte Taylor menanggung malu apabila dia menjadi tontonan ramai pengunjung kerana kepalanya tersangkut di dalam sebuah mangkuk tandas, lapor sebuah akhbar semalam.

Kepala Charlotte yang berumur 18 tahun berjaya dikeluarkan oleh anggota-anggota bomba selepas tersekat selama 20 minit dalam tandas di tapak festival muzik di sini, baru-baru ini.

Kejadian berlaku semasa tangannya cuba mencapai semula beg tangannya yang terjatuh ke dalam mangkuk tandas.

“Saya menggunakan sebelah tangan tetapi gagal mencapai beg lalu memasukkan satu lagi tangan menyebabkan bahu saya tersangkut dalam mangkuk tandas kayu.

“Muka saya berada hampir 30 sentimeter dari takungan najis tandas,” katanya.

Charlotte mahu mengambil beg itu kerana ia mengandungi beberapa barangan peribadi miliknya seperti telefon bimbit, tiket kereta api dan sejumlah wang tunai.

Seorang rakan Charlotte menghubungi pihak bomba di tapak festival selepas menyedari rakannya menghadapi masalah itu.

Dua anggota bomba yang memegang tubuh Charlotte menarik dia dengan kuat menyebabkannya mengalami luka di bahu dan pinggul.

Anggota-anggota bomba terpaksa membuka bahagian bumbung tandas untuk menarik tubuh Charlotte.

Dia segera dibawa ke tempat mandi dan pakaiannya ditanggalkan sebelum tubuhnya disembur dengan air untuk membersihkan kekotoran.

“Pihak bomba pada mulanya menyangka ia merupakan satu gurauan,” kata Charlotte.

kepala, kepala kini, kepala terkini, kepala terbaru, kepala baru, kepala skandal, gambar kepala, foto kepala, video kepala, biodata kepala, biografi kepala, sejarah kepala, web kepala, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita harian, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, macam-macam, Bf-1, Kepala tersangkut di mangkuk tandas

Kucing hidup ditusuk panah

du_08.1

Kucing hidup ditusuk panah

BLOOMINGTON, Amerika Syarikat (AS) – Seekor kucing di sini masih mampu hidup walaupun kepalanya ditembusi sebilah anak panah, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang doktor haiwan di sini berjaya menyelamatkan nyawa Brownie yang berusia empat tahun apabila anak panah sepanjang 33 sentimeter di bahagian tengkorak itu dikeluarkan.

Haiwan berkenaan dipercayai dipanah oleh individu yang tidak bertanggungjawab namun doktor haiwan tersebut percaya kucing itu selamat kerana ia baru kehilangan salah satu daripada sembilan nyawanya.

kucing, kucing kini, kucing terkini, kucing terbaru, kucing baru, kucing skandal, gambar kucing, foto kucing, video kucing, biodata kucing, biografi kucing, sejarah kucing, web kucing, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita harian, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, macam-macam, Bf-1, Kucing

Yeti intip gadis pakai bikini sedang mandi

du_10.1

Yeti intip gadis pakai bikini sedang mandi

WARSAW – Seorang gadis, Justyna Folger mendakwa dia diintai makhluk Yeti yang berbulu seperti bigfoot semasa sedang mandi di sebatang sungai di Poland, lapor sebuah akhbar semalam.

Gadis berusia 19 tahun itu memakai bikini ketika mandi di kawasan pergunungan Tatra baru-baru ini apabila dia tiba-tiba terlihat seekor makhluk berbulu mengintipnya dari tebing batu.

“Pada mulanya saya menyangka ia seekor beruang tetapi saya terkejut apabila melihat Yeti itu berdiri tegak dan berlari meninggalkan tempat tersebut,” katanya.

Kekasih gadis tersebut, Tadeusz Serafinowski sempat merakamkan aksi makhluk berbulu itu dengan kamera video.

Sebelum ini seorang pemuda berusia 27 tahun, Piotr Kowalski berjaya merakam gambar Yeti ketika bercuti di kawasan pergunungan yang sama pada minggu lalu.

Dia kemudian memuat naik klip video itu di laman perkongsian video YouTube di Internet.

“Saya lihat makhluk seperti beruk itu bersembunyi di celah-celah batu. Saya terkejut seperti disambar petir apabila melihatnya,” kata Kowalski.

yeti, yeti kini, yeti terkini, yeti terbaru, yeti baru, yeti skandal, gambar yeti, foto yeti, video yeti, biodata yeti, biografi yeti, sejarah yeti, web yeti, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita yeti, berita kl, berita tv, berita harian, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, yeti, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, macam-macam, Bf-1, Yeti, bigfoot