Tag Archives: bandar

Solar Impulse, Pesawat Tenaga Surya Lintasi Langit Eropa

Solar Impulse, Pesawat Tenaga Surya Lintasi Langit Eropa

LONDON (Berita SuaraMedia) –¬†Masih ingat dengan pesawat pemegang rekor penerbangan terlama tanpa bahan bakar fosil, Solar Impulse HB-SIA?

Pesawat ini adalah pesawat bertenaga surya yang pada awal Juli tahun lalu, mampu terbang selama 26 jam nonstop, murni tanpa bahan bakar dan hanya mengandalkan tenaga surya.

Sekedar diketahui, Pesawat tenaga matahari tanpa awak memang sudah hadir sejak sekitar tahun 1980-an.

Akan tetapi, penerbangan yang Solar Impulse jalani dilakukan sambil mengangkut seorang pilot, yakni Andre Borschberg, salah satu pimpinan proyek penelitian tersebut. Penerbangan itu, seperti diberitakan Discovermagazine, 20 Desember 2010, dimungkinkan setelah peneliti memasang 12 ribu sel photovoltaic di ekor pesawat dan di sayap yang panjangnya mencapai 64 meter.

Sel photovoltaic itu mengirimkan energi ekstra ke baterai di siang hari dan ternyata sanggup memasok daya bagi empat baling-baling yang ada untuk tetap bekerja di malam hari.

Tak puas dengan pencapaian tersebut, Tim HB-SIA kini beencana untuk mengelilingi dunia dengan pesawat tenaga surya ini.

Untuk memuluskan rencananya berkeliling dunia, pesawat ini akan melakukan penerbangan internasional pertamanya awal pekan depan, dari Swiss menuju bandar udara Brussels Belgia, yang jaraknya kurang lebih 500 km.

Sebenarnya, ini bukan penerbangan yang sulit bagi pesawat ini, mengingat HB-SIA bisa terbang semalaman tanpa berhenti. Namun menurut tim HB-SIA, penerbangan yang melibatkan bandar udara internasional memiliki ‘tantangan teknis yang besar’.

“Pesawat kami akan siap untuk tinggal landas pada 3 Juli 2011, dan akan mendarat secepatnya bila cuaca mendukung,” ujar tim HB-SIA, seperti diberitakan situs Physorg.

Tim HB-SIA sendiri telah mempersiapkan dan melatih seluruh anggotanya untuk mendukung kelancaran misi penting ini. Mulai dari para ahli meteorologi, perencana jalur penerbangan, pengendali lalu lintas udara, hingga para insinyur pesawat dan spesialis di bidang TI.

“Menerbangkan pesawat udara seperti Solar Impulse melintasi langit Eropa dan mendarat di bandara internasional adalah sebuah tantangan yang menarik buat kita semua. Kesuksesan tergantung pada dukungan yang kita terima dari semua otoritas yang peduli,” ujar Andre Borschberg, pilot HB-SIA yang memecahkan rekor penerbangan terlama, pada Juli tahun lalu.

Setidaknya, keberhasilan pesawat ini akan memberikan harapan adanya mode transportasi cepat yang tidak bergantung pada bahan bakar fosil

solar, impulse, solar impulse, indonesia, hari, tenaga, surya, pesawat tenaga, tenaga surya, eropa, impulse pesawat, langit, langit eropa, lintasi, surya lintasi, lintasi langit, dengan pesawat, rekor, rekor penerbangan, terlama, penerbangan terlama, tanpa bahan, fosil, bakar fosil, bukan, pemegang, pesawat pemegang, pemegang rekor, terlama tanpa, fosil solar, pesawat, adalah, awal, tahun lalu, memang, sudah, pilot, andre, andre borschberg, tersebut, diberitakan, seperti diberitakan, photovoltaic, bagi, baling, pesawat akan, bandar, bandar udara, namun, memiliki, tantangan, kami, pada juli, mendarat, mendukung, ujar, para, semua, tidak, perlahan, perlahan manusia, terkikis, manusia terkikis, industri, bangun industri, nano, industri nano, nano teknologi, skarp, desain,

Syria adakan pungutan suara tentukan perlembagaan baru

cyberita, negara, luar, luar negara, yang, syria, html, baru, mengundi, telah, pungutan, suara, pungutan suara, perlembagaan, bagi, mereka, pusat, perlembagaan baru, satu, parti, sejak, pengundi, pada, wilayah, kawasan, dunia, rakyat, draf, draf perlembagaan, pemberontakan, dengan, pembangkang, akan, pusat mengundi, bulan, lalu, tahun, kumpulan, damsyik, rakyat syria, keluar, keluar mengundi, bagi satu, baru yang, menamatkan, baath, parti baath, selama, bahawa, seluruh, waktu, pengundian, atau, bersetuju, para, bulatan, jika, jika mereka, seperti, bandar, syria yang, pengundi yang, dijangka, sedikit, wartawan, oleh, pernah, protes, beberapa, hanya, kedua, presiden, diadakan, sistem, yang telah, juga, perubahan, encik, encik assad, ribuan, kebangsaan, menggesa, telah menggesa, agar, aset, kami

Syria adakan pungutan suara tentukan perlembagaan baru

DAMSYIK: Rakyat Syria mula keluar mengundi semalam bagi satu draf perlembagaan baru yang bertujuan menghentikan pemberontakan dengan menamatkan penguasaan rejim Parti Baath selama lima dekad di negara itu.

Pihak pembangkang, bagaimanapun, mengumumkan bahawa mereka akan memboikot pungutan suara itu, sedang pertempuran terus dilaporkan berlaku di seluruh Syria.

Pusat mengundi dibuka sejak 7 pagi waktu tempatan dan pengundian dijadualkan berjalan 12 jam.

Syria mempunyai 14.6 juta pengundi berdaftar, yang diminta mengundi di lebih 14,000 pusat mengundi di seluruh negara itu sama ada mereka meluluskan atau menolak draf perlembagaan yang dilakarkan baru-baru ini.

Pengundian itu mengutarakan pertanyaan: ‘Adakah anda bersetuju dengan draf perlembagaan baru?’

Para pengundi dikehendaki membubuh tanda pada bulatan hijau jika mereka bersetuju dan bulatan hitam jika mereka menolaknya.

Di wilayah-wilayah seperti bandar Homs, di bahagian tengah Syria, yang masih mengalami bedilan berterusan tentera pemerintah Syria atau di wilayah Idlib, di barat laut negara itu, dan wilayah selatan Daraa, kawasan pemberontak sering bertempur dengan pasukan keselamatan Syria, jumlah pengundi yang keluar mengundi dijangka sedikit.

Wartawan-wartawan asing telah dibawa oleh Kementerian Penerangan Syria ke kawasan kejiranan Rukneddine dan kawasan subbandar Barzeh di Damsyik, yang pernah menyaksikan protes-protes antipemerintah sejak beberapa bulan lalu.

Hanya sedikit pengundi yang berada di pusat-pusat mengundi di kedua-dua kawasan itu.

Awal bulan ini, Presiden Bashar Assad telah meminta diadakan pungutan suara bagi satu perlembagaan baru – yang membolehkan sekurang-kurangnya dua kesempatan secara teori pada sistem politik negara itu – satu usaha menenteramkan para pengkritiknya dan menamatkan pemberontakan 11 bulan terhadap pemerintahan beliau.

Piagam baru itu akan menghasilkan satu sistem pelbagai parti di Syria, yang telah diperintah oleh Parti Baath Sosialis Arab sejak berlakunya rampasan kuasa pada 1963.

Ia juga menetapkan bahawa presiden negara itu, yang selama ini adalah daripada anggota keluarga Assad sejak 1970, hanya boleh memegang jawatannya bagi dua tempoh tujuh tahun.

Perubahan seperti itu belum pernah difikirkan setahun yang lalu tetapi selepas bermula pemberontakan pada Mac tahun lalu dan tindakan keras Encik Assad yang telah membunuh ribuan rakyat Syria, kebanyakan kumpulan pembangkang berkata mereka tidak akan menerima apa-apa penyelesaian kecuali peletakan jawatan Encik Assad.

Dua kumpulan utama pembangkang, Majlis Kebangsaan Syria (SNC) dan Badan Penyelaras Kebangsaan bagi Perubahan Demokratik di Syria (NCBDCS), telah menggesa agar pungutan suara itu diboikot.

Beberapa kumpulan lain juga telah menggesa diadakan mogok umum sempena pungutan suara itu. — AP.

cyberita, negara, luar, luar negara, yang, syria, html, baru, mengundi, telah, pungutan, suara, pungutan suara, perlembagaan, bagi, mereka, pusat, perlembagaan baru, satu, parti, sejak, pengundi, pada, wilayah, kawasan, dunia, rakyat, draf, draf perlembagaan, pemberontakan, dengan, pembangkang, akan, pusat mengundi, bulan, lalu, tahun, kumpulan, damsyik, rakyat syria, keluar, keluar mengundi, bagi satu, baru yang, menamatkan, baath, parti baath, selama, bahawa, seluruh, waktu, pengundian, atau, bersetuju, para, bulatan, jika, jika mereka, seperti, bandar, syria yang, pengundi yang, dijangka, sedikit, wartawan, oleh, pernah, protes, beberapa, hanya, kedua, presiden, diadakan, sistem, yang telah, juga, perubahan, encik, encik assad, ribuan, kebangsaan, menggesa, telah menggesa, agar, aset, kami

Bandar kedua terbesar Taiwan digegar gempa

Bandar kedua terbesar Taiwan digegar gempa

TAIPEI: Satu gempa bumi sekuat 5.9 pada skala Richter, yang berlaku dekat paras muka bumi, menyebabkan orang ramai bergegas melarikan diri ke jalan raya di Kaohsiung, bandar kedua terbesar di Taiwan, semalam.

Perkhidmatan rel juga terpaksa dihentikan buat sementara tetapi tiada kecederaan atau kematian dilaporkan.

Gempa itu berlaku pada 10.34 pagi waktu tempatan, dekat sekitar 57 kilometer ke timur bandar selatan Taiwan itu pada paras sedalam empat kilometer dari permukaan bumi, kata Tinjauan Geologi Amerika Syarikat.

Pihak Hongkong Observatory pula mengukur gempa itu sekuat 6.0 pada skala Richter, manakala Pusat Seismologi Taiwan memberikan bacaan 6.1 pada skala Richter.

Agensi Kebakaran Kebangsaan Taiwan berkata tidak ada kecederaan atau kematian yang dilaporkan selain tidak ada sebarang kerosakan kebendaan yang besar.

‘Beberapa penduduk Kaohsiung mencari tempat perlindungan di beberapa jalan raya buat seketika, tetapi tidak terlalu ramai,’ kata seorang pegawai polis Kaohsiung kepada agensi berita AFP.

Encik Chen Jung-yu, seorang jurucakap Pusat Seismologi Taiwan, berkata jarang sekali satu gempa bumi sekuat itu berlaku di kawasan Kaohsiung.

‘Sedang gempa bumi itu kuat, ia tidak mengambil masa yang panjang.

‘Bangunan di bandar-bandar berdekatan pusat gempa pun bergoyang tidak lebih daripada tujuh saat. Itu sebabnya ia tidak menyebabkan kerosakan,’ kata Encik Chen kepada AFP.

Sebatang landasan kereta api laju yang menghubungkan Kaohsiung dengan Taipei di utara Taiwan memulakan semula khidmatnya sekitar 90 minit selepas gempa bumi itu berlaku.

Kawasan metropolitan Kaohsiung mempunyai hampir tiga juta penduduk. — AFP.

cyberita, luar, negara, luar negara, html, gempa, taiwan, bumi, yang, kaohsiung, tidak, bandar, pada, gempa bumi, berlaku, pusat, dunia, sekuat, skala, pada skala, richter, skala richter, kata, newslink, asiaone, newslink asiaone, muka, kedua, bandar kedua, terbesar, kedua terbesar, terbesar taiwan, taipei, satu, satu gempa, bumi sekuat, sekuat pada, dekat, paras, menyebabkan, ramai, jalan, raya, jalan raya, buat, tetapi, kecederaan, atau, kecederaan atau, kematian, atau kematian, dilaporkan, waktu, sekitar, kilometer, seismologi, pusat seismologi, seismologi taiwan, agensi, berkata, taiwan berkata, kerosakan, beberapa, penduduk, seorang, kepada, encik, chen, encik chen, kawasan, berlaku kawasan, aset, kami