Tag Archives: beliau

Akta kasino akan disemak bagi tangani masalah sosial judi

Akta kasino akan disemak bagi tangani masalah sosial judi

PEMERINTAH sedang menyemak Akta Kawalan Kasino, yang menentukan pengendalian dua resort bersepadu (IR) di sini.

Menurut Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua (Perdagangan dan Perusahaan), Encik S. Iswaran, sudah tiba masanya agensi-agensi terlibat melakukan semakan ke atas akta itu.

Bercakap kepada media pada akhir lawatannya ke MacPherson semalam, Encik Iswaran berkata Singapura kini mempunyai pengalaman dua tahun mengendalikan IR dan ini masa terbaik meneroka bidang kuasa lain yang timbul dalam pengurusan IR.

Beliau juga menyentuh tentang trend perjudian di kalangan golongan berpendapatan rendah, dan berkata semakan yang sedang dilakukan akan cuba menangani isu sosial itu.

‘Semakan ini akan mengetengahkan cara-cara menangani dan mengurangkan masalah sosial berkaitan dengan perjudian sambil memastikan objektif ekonomi tetap dapat dicapai,’ kata Encik Iswaran.

Menurut beliau, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan, Kementerian Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan sedang berkerjasama dengan agensi-agensi IR dalam semakan itu.

Mereka akan memberi tumpuan pada aspek seperti ekonomi, keselamatan, jenayah dan sosial mengenai kedua-dua IR itu.

Encik Iswaran, yang merupakan pengerusi jawatankuasa bersama yang mengendalikan isu melibatkan IR, berharap dapat mengongsi hasil semakan tersebut dalam beberapa bulan mendatang.

Semasa lawatan beliau itu, Encik Iswaran turut beramah-tamah dengan penduduk MacPherson di samping menyaksikan beberapa projek dan aktiviti yang dijalankan bagi golongan tua.

Beliau turut menyaksikan pelancaran Dana Penjagaan MacPherson, yang diharap dapat mengurangkan beban kos kesihatan jangka pendek bagi golongan warga tua di sana.

Dalam sesi dialog yang diadakan di Kelab Masyarakat MacPherson di Paya Lebar Way sebelum lawatan itu berakhir, Encik Iswaran menjawab beberapa pertanyaan penduduk yang rata-rata risau tentang kos perubatan dan penjagaan warga tua.

Selain memberi penerangan tentang perancangan pemerintah bagi membantu golongan tua, beliau membincangkan tentang kebaikan berpindah ke rumah kecil di bawah skim Bonus Perumahan Warga Emas.

‘Sejumlah besar wang simpanan kita berada dalam aset perumahan. Kita harus mencari jalan bagi mengeluarkan wang simpanan itu untuk kegunaan hari tua. Satu daripada caranya ialah dengan menjual rumah besar dan membeli rumah lebih kecil,’ kata Encik Iswaran.

cyberita, singapura, bagi, html, yang, encik, iswaran, encik iswaran, dengan, dalam, akan, semakan, beliau, src=, sedang, sosial, agensi, macpherson, tentang, golongan, warga, penduduk, akta, menteri, dapat, kementerian, beberapa, dana, rumah, lebih, hari, beramah, tamah, beramah tamah, dengan penduduk, penduduk yang, yang sedang, mudah, kasino, disemak, akan disemak, masalah, masalah sosial, pemerintah, menurut, kedua, perdagangan, perusahaan, perdagangan perusahaan, atas, pada, berkata, mengendalikan, perjudian, menangani, cara, mengurangkan, ekonomi, kata, kata encik, masyarakat, belia, memberi, mengenai, lawatan, turut, menyaksikan, bagi golongan, golongan beliau, penjagaan, kesihatan, rata, kecil, perumahan, besar, wang, simpanan, wang simpanan, kita, pesakit, bergerak, kami

Kadar warga lepaskan kerakyatan rendah

singapura, cyberita, mereka, kerakyatan, yang, warga, untuk, encik, sebab, melepaskan, melepaskan kerakyatan, keluarga, atau, dengan, negara, demikian, mendapatkan, kerakyatan mereka, tidak, dilahirkan, sini, dilahirkan sini, kerakyatan singapura, secara, bagi, sama, berhijrah, atas, berbuat, berbuat demikian, rendah, menteri, pelbagai, warga singapura, setiap, tidak dilahirkan, kata, dalam, kalangan, warga yang, tempoh, tersebut, penduduk, tetap, penduduk tetap, tiada, kami, depan, peratus, lepaskan, lepaskan kerakyatan, sesetengah, daripada, pemohon, berhijrah atas, atas sebab, sebab keluarga, kerana, keluarga kerana, berkahwin, kerana berkahwin, berkahwin atau, atau untuk, bersatu, untuk bersatu, bersatu dengan, anggota, dengan anggota, anggota keluarga, luar, keluarga luar, luar negara, sementara, negara sementara, sementara yang, lain, yang lain, pula, lain pula, pula berbuat, demikian untuk, untuk mendapatkan, sekitaran, mendapatkan sekitaran, kehidupan, sekitaran kehidupan, berbeza, kehidupan berbeza, parlimen, kadar, pelbagai sebab, sekitar, tahun, yang melepaskan, yang tidak, lebih, menjawab, sebab mereka, memberi, beliau, encik beliau, bahawa, semua, perlu, jika, mereka melepaskan, menjadi, menjadi penduduk, kata encik, permohonan, setiap permohonan, mendapatkan kerakyatan, tinggal, tempoh tinggal, tinggal singapura, bertanya, bertanya sama, sebarang, trend, ketara, trend ketara, ketara kalangan, halal, pusat, polis

Kadar warga lepaskan kerakyatan rendah

SEKITAR 1,200 warga Singapura melepaskan kerakyatan mereka setiap tahun antara 2007 dengan tahun lalu.

Daripada jumlah itu, seramai 300 tidak dilahirkan di sini tetapi memperoleh kerakyatan Singapura, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik Teo Chee Hean, semalam.

Namun, secara keseluruhan, kadar mereka yang melepaskan kerakyatan di kalangan kededua warga yang tidak dilahirkan di sini dan warga yang dilahirkan di sini adalah rendah sepanjang tempoh tersebut – sekitar 0.1 peratus atau lebih rendah.

Encik Teo mendedahkan demikian sebagai menjawab pertanyaan Dr Lim Wee Kiak (GRC Nee Soon), yang ingin tahu berapa ramai warga Singapura yang melepaskan kerakyatan mereka merupakan warga baru dan sebab-sebab mereka berbuat demikian.

Dalam responsnya, Encik Teo memberi pelbagai sebab mereka berhijrah.

‘Sesetengah berhijrah atas sebab keluarga – kerana berkahwin atau untuk bersatu dengan anggota keluarga di luar negara, sementara yang lain pula berbuat demikian untuk mendapatkan sekitaran kehidupan berbeza,’ ujar Encik Teo.

Beliau menambah bahawa semua warga Singapura dan penduduk tetap (PR) yang memiliki flat HDB perlu menjual hartanah mereka itu jika mereka melepaskan kerakyatan mereka atau berhenti menjadi penduduk tetap.

‘Tiada pengecualian bagi peraturan ini,’ kata Encik Teo.

Beliau turut memberi jaminan bahawa setiap permohonan bagi mendapatkan kerakyatan Singapura dinilai secara teliti.

‘Setiap permohonan untuk menjadi penduduk tetap atau mendapatkan kerakyatan Singapura diteliti secara menyeluruh berdasarkan pelbagai kriteria, termasuk sumbangan ekonomi, kelulusan, umur, profil keluarga dan tempoh tinggal di Singapura.

‘Kami menilai sama ada pemohon mampu menyumbang dan berintegrasi dengan baik ke dalam masyarakat kita,’ kata Encik Teo.

Dr Lim kemudian bertanya sama ada terdapat sebarang trend ketara di kalangan 300 warga yang tidak dilahirkan di sini dan melepaskan kerakyatan mereka tersebut.

Contohnya, negara asal mereka, tempoh tinggal di Singapura dan sama ada mereka mempunyai anak yang perlu menjalani Perkhidmatan Negara (NS).

Dr Lim juga bertanya sama ada sebarang penalti dikenakan ke atas mereka apabila mereka melepaskan kerakyatan Singapura.

Encik Teo menjawab tiada trend ketara di kalangan golongan tersebut.