Tag Archives: draf perlembagaan

Syria adakan pungutan suara tentukan perlembagaan baru

cyberita, negara, luar, luar negara, yang, syria, html, baru, mengundi, telah, pungutan, suara, pungutan suara, perlembagaan, bagi, mereka, pusat, perlembagaan baru, satu, parti, sejak, pengundi, pada, wilayah, kawasan, dunia, rakyat, draf, draf perlembagaan, pemberontakan, dengan, pembangkang, akan, pusat mengundi, bulan, lalu, tahun, kumpulan, damsyik, rakyat syria, keluar, keluar mengundi, bagi satu, baru yang, menamatkan, baath, parti baath, selama, bahawa, seluruh, waktu, pengundian, atau, bersetuju, para, bulatan, jika, jika mereka, seperti, bandar, syria yang, pengundi yang, dijangka, sedikit, wartawan, oleh, pernah, protes, beberapa, hanya, kedua, presiden, diadakan, sistem, yang telah, juga, perubahan, encik, encik assad, ribuan, kebangsaan, menggesa, telah menggesa, agar, aset, kami

Syria adakan pungutan suara tentukan perlembagaan baru

DAMSYIK: Rakyat Syria mula keluar mengundi semalam bagi satu draf perlembagaan baru yang bertujuan menghentikan pemberontakan dengan menamatkan penguasaan rejim Parti Baath selama lima dekad di negara itu.

Pihak pembangkang, bagaimanapun, mengumumkan bahawa mereka akan memboikot pungutan suara itu, sedang pertempuran terus dilaporkan berlaku di seluruh Syria.

Pusat mengundi dibuka sejak 7 pagi waktu tempatan dan pengundian dijadualkan berjalan 12 jam.

Syria mempunyai 14.6 juta pengundi berdaftar, yang diminta mengundi di lebih 14,000 pusat mengundi di seluruh negara itu sama ada mereka meluluskan atau menolak draf perlembagaan yang dilakarkan baru-baru ini.

Pengundian itu mengutarakan pertanyaan: ‘Adakah anda bersetuju dengan draf perlembagaan baru?’

Para pengundi dikehendaki membubuh tanda pada bulatan hijau jika mereka bersetuju dan bulatan hitam jika mereka menolaknya.

Di wilayah-wilayah seperti bandar Homs, di bahagian tengah Syria, yang masih mengalami bedilan berterusan tentera pemerintah Syria atau di wilayah Idlib, di barat laut negara itu, dan wilayah selatan Daraa, kawasan pemberontak sering bertempur dengan pasukan keselamatan Syria, jumlah pengundi yang keluar mengundi dijangka sedikit.

Wartawan-wartawan asing telah dibawa oleh Kementerian Penerangan Syria ke kawasan kejiranan Rukneddine dan kawasan subbandar Barzeh di Damsyik, yang pernah menyaksikan protes-protes antipemerintah sejak beberapa bulan lalu.

Hanya sedikit pengundi yang berada di pusat-pusat mengundi di kedua-dua kawasan itu.

Awal bulan ini, Presiden Bashar Assad telah meminta diadakan pungutan suara bagi satu perlembagaan baru – yang membolehkan sekurang-kurangnya dua kesempatan secara teori pada sistem politik negara itu – satu usaha menenteramkan para pengkritiknya dan menamatkan pemberontakan 11 bulan terhadap pemerintahan beliau.

Piagam baru itu akan menghasilkan satu sistem pelbagai parti di Syria, yang telah diperintah oleh Parti Baath Sosialis Arab sejak berlakunya rampasan kuasa pada 1963.

Ia juga menetapkan bahawa presiden negara itu, yang selama ini adalah daripada anggota keluarga Assad sejak 1970, hanya boleh memegang jawatannya bagi dua tempoh tujuh tahun.

Perubahan seperti itu belum pernah difikirkan setahun yang lalu tetapi selepas bermula pemberontakan pada Mac tahun lalu dan tindakan keras Encik Assad yang telah membunuh ribuan rakyat Syria, kebanyakan kumpulan pembangkang berkata mereka tidak akan menerima apa-apa penyelesaian kecuali peletakan jawatan Encik Assad.

Dua kumpulan utama pembangkang, Majlis Kebangsaan Syria (SNC) dan Badan Penyelaras Kebangsaan bagi Perubahan Demokratik di Syria (NCBDCS), telah menggesa agar pungutan suara itu diboikot.

Beberapa kumpulan lain juga telah menggesa diadakan mogok umum sempena pungutan suara itu. — AP.