Tag Archives: hospital

Tiga pekerja korban kereta api tergelincir di Canada

cyberita, luar, negara, luar negara, kereta, penumpang, yang, dalam, dari, lebih, tiga, kemalangan, tergelincir, toronto, tempat, selamat, minyak, kereta yang, perjalanan, pekerja, burlington, sebuah, sekitar, seorang, kerana, mengalami, cuaca, blank, dunia, pasukan, bergegas, memindahkan, tempat lebih, lebih selamat, setelah, selamat setelah, menerima, setelah menerima, laporan, menerima laporan, kebocoran, kebocoran minyak, minyak dari, dari kereta, dalam perjalanan, perjalanan dari, niagara, dari niagara, falls, niagara falls, falls toronto, tiga pekerja, korban, canada, ontario, burlington ontario, rail, lamarche, ketiga, kepala, ketika, syarikat, turut, berada, berada dalam, dalam kereta, orang, mereka, dapat, stesen, landasan, belakang, terbabas, besi, pegawai, keselamatan, hospital, kecederaan, mengalami kecederaan, tidak, punca, punca kemalangan, berlaku, ketua, kami

Tiga pekerja korban kereta api tergelincir di Canada

BURLINGTON (Ontario): Sebuah kereta api penumpang Via Rail tergelincir, membunuh tiga pekerja kereta api dan mencederakan berpuluh penumpang, di barat Toronto, Canada, kelmarin.

Jurucakap Via Rail, Cik Michelle Lamarche, berkata ketiga-tiga korban kemalangan itu ialah jurutera kereta api yang duduk di bahagian kepala kenderaan itu ketika ia tergelincir di Burlington, Ontario, sekitar 3.30 petang.

Seorang lagi pekerja syarikat itu yang turut berada dalam kereta api tersebut juga tercedera.

Datuk Bandar Burlington, Encik Rick Goldring, mengesahkan kematian tiga orang dalam nahas itu.

Menurut Cik Lamarche, tiada penumpang terkorban tetapi 45 daripada mereka cedera.

Sekitar 75 orang berada dalam kereta api itu, yang dalam perjalanan dari Niagara Falls ke Toronto.

Kemalangan itu dapat dilihat penduduk sebuah kawasan perumahan berdekatan stesen Aldershot.

Kereta api itu terbalik ke sisi dan merempuh sebuah bangunan kecil di tepi landasan.

Sekurang-kurangnya dua gerabak kereta api di belakang kepala kereta api turut terbabas dari landasan dan membentuk huruf L.

Di celah besi-besi yang bengkok dan serpihan kereta api, pegawai pasukan keselamatan bergegas menarik keluar penumpang dan memindahkan mereka ke tempat lebih selamat setelah menerima laporan bahawa ada kebocoran minyak dari kereta api itu.

Tiga penumpang diterbangkan ke hospital – seorang kerana mengalami serangan jantung, seorang patah kaki dan yang ketiga mengalami kecederaan belakang badan.

Sejumlah 42 penumpang lain yang mengalami kecederaan tidak serius diberi rawatan di tempat kejadian atau dibawa ke hospital tempatan.

Sekitar 30 penumpang yang tidak apa-apa meneruskan perjalanan ke Stesen Toronto Union dengan menaiki bas.

Punca kemalangan masih disiasat, namun pegawai Lembaga Keselamatan Pengangkutan percaya cuaca bukan punca kemalangan itu nya kerana cuaca cerah dan kering ketika kemalangan berlaku.

Alat perakam data kereta api itu dipercayai dapat memberi gambaran lebih jelas mengenai apa yang berlaku. — AP.

cyberita, luar, negara, luar negara, kereta, penumpang, yang, dalam, dari, lebih, tiga, kemalangan, tergelincir, toronto, tempat, selamat, minyak, kereta yang, perjalanan, pekerja, burlington, sebuah, sekitar, seorang, kerana, mengalami, cuaca, blank, dunia, pasukan, bergegas, memindahkan, tempat lebih, lebih selamat, setelah, selamat setelah, menerima, setelah menerima, laporan, menerima laporan, kebocoran, kebocoran minyak, minyak dari, dari kereta, dalam perjalanan, perjalanan dari, niagara, dari niagara, falls, niagara falls, falls toronto, tiga pekerja, korban, canada, ontario, burlington ontario, rail, lamarche, ketiga, kepala, ketika, syarikat, turut, berada, berada dalam, dalam kereta, orang, mereka, dapat, stesen, landasan, belakang, terbabas, besi, pegawai, keselamatan, hospital, kecederaan, mengalami kecederaan, tidak, punca, punca kemalangan, berlaku, ketua, kami

Gaji doktor, jururawat, karyawan kesihatan akan disemak

Gaji doktor, jururawat, karyawan kesihatan akan disemak

GAJI doktor, jururawat dan karyawan kesihatan bersekutu akan disemak bagi menarik golongan muda dan mereka yang dalam peringkat pertengahan kerjaya menyertai sektor penjagaan kesihatan.

Menteri Negara (Kesihatan), Dr Amy Khor, berkata semakan gaji itu adalah bagi menarik lebih 6,400 jururawat dan sekitar 1,800 karyawan kesihatan bersekutu seperti jururadiografi, ahli terapi dan pekerja sosial perubatan yang diperlukan menjelang 2020.

Perincian mengenai semakan gaji karyawan penjagaan kesihatan akan diumumkan dalam perdebatan Belanjawan yang bermula esok.

Selain semakan gaji, Kementerian Kesihatan (MOH) akan juga menyemak aturan kerja yang lebih fleksibel bagi karyawan kesihatan, menawarkan peluang dan prospek pekerjaan yang lebih baik selain meneroka kerjasama dengan institusi-institusi pengajian tinggi bagi menawarkan kursus dan latihan yang sesuai bagi golongan muda yang berbakat.

‘Seperti yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Encik Tharman Shanmugaratnam, dalam membentangkan Belanjawan 2012 baru-baru ini, Singapura akan menambah sekitar 1,900 katil di hospital awam menjelang 2020 sementara bilangan katil di hospital masyarakat akan naik seganda dan kami memerlukan 1,800 katil.

‘Lantas pameran kerjaya seperti ini, yang diadakan di *Scape memberi peluang terutama kepada golongan muda mengetahui bahawa sektor penjagaan kesihatan merupakan sektor yang pesat berkembang dan menawarkan pelbagai peluang pekerjaan, lebih-lebih lagi dengan bertambahnya bilangan penduduk yang menghidapi penyakit kronik dan tuntutan lebih tinggi bagi khidmat penjagaan kesihatan – baik bagi jururawat mahupun ahli terapi hinggalah kepada pekerja sosial perubatan.

‘Kapasiti yang bertambah juga bermakna kami memerlukan 6,400 jururawat dan lagi 1,800 karyawan kesihatan bersekutu selain kakitangan sokongan,’ jelas Dr Khor lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyertai pameran kerja bagi sektor penjagaan kesihatan di *Scape, Orchard Road, semalam.

Pameran kerja semalam merupakan usaha sama MOH dan enam kumpulan penjagaan kesihatan yang dipimpin oleh Kumpulan National Healthcare Group (NHG).

Dr Khor menjelaskan, selain semakan gaji, MOH sedang bekerja rapat dengan politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) bagi menambah tempat bagi kursus jururawat dan karyawan kesihatan bersekutu.

Pihaknya juga sedang melihat sejauh mana aturan kerja fleksibel dapat ditawarkan kepada kakitangan kesihatan, terutama di rumah penjagaan dan hospital-hospital awam.

Beberapa institusi pengajian tinggi seperti Institut Teknologi Singapura (SIT) dan Trinity College Dublin menawarkan kursus dan program ijazah bagi lulusan politeknik dan karyawan kesihatan bersekutu.

Memandang ke hadapan MOH juga bercadang menawarkan lebih banyak program di peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD) bagi membolehkan kakitangan kesihatan meningkatkan lagi kemahiran mereka.

cyberita, bagi, singapura, kesihatan, yang, lebih, karyawan, karyawan kesihatan, akan, penjagaan, gaji, jururawat, penjagaan kesihatan, kerja, bersekutu, kesihatan bersekutu, menawarkan, dengan, sektor, semakan, semakan gaji, seperti, selain, juga, hospital, kami, lagi, doktor, jururawat karyawan, kesihatan akan, disemak, akan disemak, menjelang, 2020, menjelang 2020, golongan, muda, golongan muda, dalam, sektor penjagaan, khor, sosial, peluang, institusi, tinggi, kursus, baru, katil, pameran, kepada, kakitangan, gaji doktor, doktor jururawat, oleh, disemak bagi, menarik, bagi menarik, mereka, peringkat, kerjaya, menyertai, menteri, berkata, sekitar, ahli, terapi, ahli terapi, pekerja, pekerja sosial, perubatan, sosial perubatan, mengenai, diumumkan, belanjawan, selain semakan, aturan, aturan kerja, yang lebih, fleksibel, pekerjaan, baik, pengajian, institusi pengajian, pengajian tinggi, tinggi bagi, menawarkan kursus, seperti yang, menambah, katil hospital, awam, hospital awam, bilangan, memerlukan, kami memerlukan, terutama, merupakan, khidmat, pameran kerja, semalam, kumpulan, sedang, politeknik, institut, kakitangan kesihatan, program, pesakit, bergerak, dana