Tag Archives: hukuman mati

‘Baju Kuning’ berhimpun semula

lu_01.1

‘Baju Kuning’ berhimpun semula

Beribu-ribu penunjuk perasaan ‘Baju Kuning’ berhimpun di ibu negara Thailand hari ini untuk mengutuk tuduhan melakukan tindakan keganasan yang dikemukakan terhadap anggota kumpulan mereka berhubung protes yang melumpuhkan dua lapangan terbang utama di bandar raya ini pada tahun lepas.

Menteri Luar, Kasit Piromya adalah antara 36 anggota Perikatan Rakyat bagi Demokrasi (PAD) yang menghadapi tuduhan melakukan keganasan yang boleh membawa hukuman mati.

Aktivis PAD menduduki dua lapangan terbang di sini selama sembilan hari pada akhir 2008, dalam kempen mereka untuk menjatuhkan kerajaan yang diterajui oleh sekutu bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra.

Kebanyakan tertuduh dijadual melaporkan diri kepada polis hari ini tetapi enggan berbuat demikian atas alasan tuduhan melakukan keganasan itu sebagai keterlaluan.

“Tiada seorang pun yang menyerah diri hari ini kerana kita membantah tuduhan polis itu,” kata peguam PAD, Suwat Apaipak kepada beribu-ribu anggota perikatan itu di luar Kelab Polis kebangsaan di pinggir utara Bangkok.

Beliau mengemukakan rayuan bertulis terhadap tuduhan yang difailkan oleh polis itu.

“Kita hanya membawa alat tepuk tangan, bagaimana mungkin kita merampas pesawat di Lapangan Terbang Suvarnabhumi? Tunjuk perasaan kita bukanlah tindakan keganasan,” katanya.

PAD tidak mencabar tuduhan jenayah lain yang difailkan terhadap anggotanya, termasuk berhimpun secara haram dan melanggar undang-undang penerbangan, tetapi mendakwa tindakan mereka melumpuhkan Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi dan Lapangan Terbang Don Mueang tidak menyalahi undang-undang.

Kasit melapor diri kepada polis pada minggu lepas, untuk mendengar tuduhan ke atasnya tetapi menafikan terlibat dengan sebarang salah laku dan enggan meletakkan jawatan.

Setakat ini, beliau terus mendapat kepercayaan dan sokongan daripada Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva.

Pada awal minggu ini, Kasit berkata, beliau ‘menyertai PAD dengan membawa hanya suara dan pena’ dan menghadiri protes di lapangan terbang sebagai menunaikan haknya di sisi perlembagaan.

Thailand, Thailand berita, Thailand kini, Thailand dunia, Thailand asia, Thailand malaysia, Thailand melayu, Thailand indon, Thailand indonesia, Thailand kl, Thailand foto, Thailand gambar, Thailand bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1