Tag Archives: mempunyai

Niat Israel untuk serang Iran

israel, iran, yang, cyberita, komentar, amerika, nuklear, untuk, ialah, menyerang, telah, tentera, dengan, pakar, udara, pesawat, akan, para, serangan, tidak, iraq, bagi, dunia, perang, negara, nuklear iran, namun, encik, barat, perjalanan, http, menyerang iran, tentera amerika, dalam, tengah, jika, langkah, sekatan, perlu, yang perlu, oleh, musuh, program, pejuang, iaea, menghasilkan, pada, digunakan, bahagian, pertahanan, mudah, ejen, saintis, iran pula, dikatakan, bertindak, lalu, sebarang, timur, timur tengah, luar, israel menyerang, washington, berkata, terus, lebih, terhadap, menegaskan, seperti, syarikat, amerika syarikat, apakah, para pakar, masa, beberapa, agensi, pusat, dari, melakukan, melakukan serangan, udara yang, boleh, yang boleh, program nuklear, disebabkan, jauh, sukar, kerana, minyak, nuklearnya, mempunyai, tetapi, pernah, arab, gagal, iran yang, elektrik, tapak, reaktor, bagi israel, dapat, lebanon, digunakan untuk, lain, memenuhi, tiga, jalan, jalan udara, satu, pesawat pejuang, pejuang israel, melalui, terbang, cara, menggunakan, ruang, menggunakan ruang, jordan, sampai, sampai iran, dulu, termasuk, iaitu, ekonomi, sekatan ekonomi, tujuan, untuk tujuan, baru, kami

Niat Israel untuk serang Iran

RAMALAN Israel akan menyerang Iran telah meningkat sejak kebelakangan ini.

Hal ini berikutan perang saraf antara dua negara itu. Ejen Israel disyaki membunuh para saintis nuklear Iran dan Iran pula dikatakan mengerahkan para ejen menyerang para diplomat Israel. Namun, kededua negara menafikan bertindak sedemikian.

Dek bimbang, Penasihat Ehwal Keselamatan Amerika, Encik Thomas E. Donilon, menemui Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu di Baitulmakdis minggu lalu untuk mengetahui hal sebenar.

Pengerusi Ketua Bersama Angkatan Tentera Amerika Jeneral Martin Dempsey dalam interviu dengan CNN pula memberi amaran sebarang serangan Israel ke atas Iran pasti menjejas kestabilan Timur Tengah.

Setiausaha Luar Britain, Encik William Hague, memberitau BBC jika Israel menyerang Iran, ia bukanlah langkah bijak.

Media Barat melaporkan jurucakap Israel di Washington, Encik Lior Weintraub, sebagai berkata negaranya akan terus mengenakan sekatan lebih keras terhadap Iran.

Beliau menegaskan Israel seperti juga Amerika Syarikat sedang memikirkan apakah langkah-langkah yang perlu diambil.

Kemungkinan Israel menyerang Iran telah menjadi bahas di ibu kota Amerika, Washington DC.

Kalangan pakar tentera mempersoal kemampuan Israel melakukannya.

Bahkan, para pakar berpendapat kalaupun serangan itu dilakukan oleh kuasa besar seperti Amerika, ia akan memakan masa beberapa minggu.

Yang lebih menyulitkan, apakah nanti bentuk serangan balas yang akan dilancarkan Iran terhadap musuh-musuhnya?

Mantan Pengarah Agensi Risik Pusat (CIA) Amerika dari 2006 hingga 2009, Encik Michael V. Hayden, berkata Israel tidak mampu melakukan serangan udara yang boleh memusnahkan program nuklear Iran. Ini disebabkan perjalanan jauh yang perlu ditempuhi jet pengebom Israel.

Misinya amat sukar kerana Israel sekurang-kurangnya memerlukan 100 jet pejuang dan mengisi minyak di angkasa.

Pun pakar akur bahawa tidak ada siapa yang tahu tentang kekuatan tentera Israel.

Sejak pembocoran saintis nuklearnya, Israel diketahui mempunyai kelengkapan senjata nuklear tetapi tidak pernah diperiksa oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Hal ini menimbulkan kemarahan Dunia Arab yang mahukan zon bebas nuklear di Timur Tengah.

Iran pula menuduh Barat, terutama Amerika, bersikap dwitara.

Kekhuatiran Israel ialah rancangan nuklear Iran akan menghasilkan persenjataan ampuh jika dunia enggan bertindak.

IAEA gagal memeriksa semua kawasan ujian nuklear Iran yang didakwa bertujuan menjana elektrik semata-mata.

Tentera udara Israel pernah menyerang loji yang dipercayai tapak nuklear Syria pada 2007 dan pusat reaktor Iraq di Osirak pada 1981.

Bagi Israel, Iran merupakan musuh nyata. Dengan sokongan Iran, Hezbollah telah dapat bertapak di Lebanon dan gagal dihapuskan oleh Israel dalam beberapa perang di sempadan.

Iran dikatakan mempunyai empat tapak utama nuklear. Dua reaktor yang digunakan untuk menghasilkan bahan uranium ialah di Natanz dan Frodo sementara dua yang lain digunakan untuk memenuhi fungsi lain yang ada kaitan dengan program nuklear negara itu.

Menurut para pakar, ada tiga jalan udara yang boleh digunakan.

Satu ialah dengan pesawat pejuang Israel melalui bahagian utara Turkey atau terbang di bahagian selatan Arab Saudi.

Satu lagi cara ialah mereka terbang menggunakan ruang udara di bahagian tengah negara Jordan dan Iraq.

Yang paling baik bagi pesawat-pesawat sampai ke Iran ialah melalui jalan udara di Iraq.

Ini disebabkan Iraq belum membina pertahanan udara sejak pengunduran tentera Amerika Syarikat pada Disember lalu.

Dua tahun dulu, mungkin sukar bagi Israel melakukan serangan itu kerana tentera Amerika telah berjanji melindungi Iraq daripada sebarang ancaman dari luar termasuk Israel.

Jika Jordan bersetuju mengizinkan pesawat-pesawat pejuang Israel menggunakan ruang udaranya, masalah yang dihadapi seterusnya ialah soal jauhnya perjalanan untuk sampai ke Iran.

Israel memiliki jet penyerang buatan Amerika yang dipertingkat iaitu pesawat F15I dan F16I yang tidak dapat memenuhi perjalanan yang begitu jauh melibatkan perjalanan sejauh 3,200 kilometer.

Pakar-pakar pertahanan Amerika mengatakan bukan mudah menembusi benteng pertahanan Iran yang tertanam dengan kukuh.

Iran kini dikenakan sekatan ekonomi yang kian parah.

Namun, ia telah terlebih dulu menyekat eksport minyaknya ke Barat, termasuk Kesatuan Eropah (EU) – mengakibatkan kenaikan harga minyak.

Sekian lama Iran menegaskan program nuklearnya untuk tujuan damai iaitu penghasilan elektrik, tetapi Barat terus menyangsinya.

Baru-baru ini, rombongan merinyu IAEA tiba di Teheran bagi lawatan kali kedua dalam jangka masa tiga minggu.

Namun, rundingan dua pihak tidak menghasilkan huraian.

Iran telah menyifatkan sekatan ekonomi dunia ke atasnya serupa dengan perisytiharan perang.

Namun, ia hanya mempertingkat latihan ketenteraannya untuk tujuan membela diri.

Bagi pemerintah mullah Iran, musuh yang perlu diwaspadai ialah Israel yang terbukti menjajah Palestin dan menyerang Lebanon.

israel, iran, yang, cyberita, komentar, amerika, nuklear, untuk, ialah, menyerang, telah, tentera, dengan, pakar, udara, pesawat, akan, para, serangan, tidak, iraq, bagi, dunia, perang, negara, nuklear iran, namun, encik, barat, perjalanan, http, menyerang iran, tentera amerika, dalam, tengah, jika, langkah, sekatan, perlu, yang perlu, oleh, musuh, program, pejuang, iaea, menghasilkan, pada, digunakan, bahagian, pertahanan, mudah, ejen, saintis, iran pula, dikatakan, bertindak, lalu, sebarang, timur, timur tengah, luar, israel menyerang, washington, berkata, terus, lebih, terhadap, menegaskan, seperti, syarikat, amerika syarikat, apakah, para pakar, masa, beberapa, agensi, pusat, dari, melakukan, melakukan serangan, udara yang, boleh, yang boleh, program nuklear, disebabkan, jauh, sukar, kerana, minyak, nuklearnya, mempunyai, tetapi, pernah, arab, gagal, iran yang, elektrik, tapak, reaktor, bagi israel, dapat, lebanon, digunakan untuk, lain, memenuhi, tiga, jalan, jalan udara, satu, pesawat pejuang, pejuang israel, melalui, terbang, cara, menggunakan, ruang, menggunakan ruang, jordan, sampai, sampai iran, dulu, termasuk, iaitu, ekonomi, sekatan ekonomi, tujuan, untuk tujuan, baru, kami

Remaja di AS tembak mati pelajar di kafeteria

cyberita, pelajar, luar, negara, luar negara, seorang, yang, sekolah, para, chardon, seorang pelajar, para pelajar, pelajar yang, berkata, tinggi, sekolah tinggi, remaja, berkenaan, daripada, guru, tidak, encik, suspek, tahun, insiden, tinggi chardon, amerika, kafeteria, maut, sebelum, dalam, bontempo, adalah, mengenai, kerana, telah, dunia, anak, cuba, selepas, penembakan, insiden penembakan, syarikat, amerika syarikat, kelmarin, ohio, tembakan, sebuah, cleveland, menyebabkan, lagi, cedera, keluar, keluar daripada, bangunan, daripada bangunan, seorang guru, ditangkap, serangan, pada, dekat, bagi, pegawai, siasatan, enggan, kejadian, polis, pula, pihak, mereka, sambil, mempunyai, pendidikan, berkata suspek, akademi, lake, encik bontempo, bagaimanapun, khidmat, gred, tujuh, masalah, masih, kira, dari, bilik, menunggu, kata, dibuli, berita, masing, sebagai, menteri, keluarga, baru, hidup, dengan, hukuman, kami

Remaja di AS tembak mati pelajar di kafeteria

CHARDON (Ohio, Amerika Syarikat): Seorang remaja melepaskan tembakan di sebuah kafeteria di sebuah sekolah tinggi di Cleveland, kelmarin, menyebabkan seorang pelajar maut dan empat lagi cedera sebelum remaja berkenaan dikejar keluar daripada bangunan itu oleh seorang guru dan ditangkap tidak lama kemudian.

Seorang pelajar yang melihat serangan itu pada jarak dekat berkata remaja bersenjata itu menyasarkan tembakannya ke arah sekumpulan pelajar yang sedang duduk bersama dan pelajar yang maut itu cuba bersembunyi di bawah meja kafeteria itu bagi mengelak daripada terkena tembakan.

Para pegawai Biro Siasatan Federal (FBI) enggan mengulas motif kejadian itu.

Ketua Polis, Encik Tim McKenna, pula berkata pihak berkuasa ‘perlu banyak berusaha’ dalam siasatan mereka berhubung insiden penembakan itu, yang menyebabkan para pelajar lari bertempiaran sambil berteriak di Sekolah Tinggi Chardon, yang mempunyai 1,100 pelajar.

Seorang pegawai pendidikan, Encik Brian Bontempo, berkata suspek itu adalah seorang pelajar Akademi Lake dan bukannya pelajar Sekolah Tinggi Chardon.

Encik Bontempo bagaimanapun enggan menjawab pertanyaan mengenai pelajar berkenaan.

Encik Bontempo adalah superintenden Pusat Khidmat Pendidikan Lake County, yang mengendalikan akademi itu.

Sekolah khas di Willoughby itu adalah bagi para pelajar gred tujuh hingga gred 12.

Para pelajar itu dipindahkan ke sekolah berkenaan kerana menghadapi masalah akademik atau masalah kelakuan.

Nama suspek berkenaan tidak didedahkan kerana dia masih dianggap seorang juvenil. Pihak FBI berkata dia ditangkap dekat keretanya kira-kira 800 meter dari Chardon.

Guru-guru terpaksa mengunci pintu bilik darjah kerana mereka telah dilatih berbuat demikian dan para pelajar pula menyembunyikan diri sambil menunggu isyarat keselamatan di bandar 5,100 penduduk itu, yang terletak sekitar 50 kilometer dari Cleveland, Ohio.

Seorang guru dikatakan telah menarik seorang pelajar yang tercedera ke dalam bilik darjahnya untuk berlindung. Seorang lagi mengejar suspek keluar daripada bangunan sekolah Chardon, kata polis.

Seorang pelajar berusia 15 tahun, Danny Komertz, yang menyaksikan insiden tersebut, berkata suspek difahamkan seorang pelajar terasing dan sering dibuli.

Bagaimanapun, para pelajar lain mempersoalkan andaian itu.

‘Walaupun dia seorang pendiam, dia masih mempunyai rakan,’ kata Tyler Lillash, 16 tahun. ‘Dia tidak dibuli,’ ujarnya.

Sebelum tercetusnya berita serangan itu, para ibu bapa diberitahu mengenai kejadian itu daripada para pelajar menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan telefon, sebelum bergegas ke sekolah menunggu berita mengenai nasib anak masing-masing.

Dua pelajar yang cedera parah telah disenaraikan sebagai pesakit dalam keadaan kritikal. — AP

cyberita, pelajar, luar, negara, luar negara, seorang, yang, sekolah, para, chardon, seorang pelajar, para pelajar, pelajar yang, berkata, tinggi, sekolah tinggi, remaja, berkenaan, daripada, guru, tidak, encik, suspek, tahun, insiden, tinggi chardon, amerika, kafeteria, maut, sebelum, dalam, bontempo, adalah, mengenai, kerana, telah, dunia, anak, cuba, selepas, penembakan, insiden penembakan, syarikat, amerika syarikat, kelmarin, ohio, tembakan, sebuah, cleveland, menyebabkan, lagi, cedera, keluar, keluar daripada, bangunan, daripada bangunan, seorang guru, ditangkap, serangan, pada, dekat, bagi, pegawai, siasatan, enggan, kejadian, polis, pula, pihak, mereka, sambil, mempunyai, pendidikan, berkata suspek, akademi, lake, encik bontempo, bagaimanapun, khidmat, gred, tujuh, masalah, masih, kira, dari, bilik, menunggu, kata, dibuli, berita, masing, sebagai, menteri, keluarga, baru, hidup, dengan, hukuman, kami

Walcott tetap dipercayai Wenger walau diejek penonton

cyberita, sukan, walcott, beliau, yang, tetapi, saya, dalam, kami, arsenal, dengan, wenger, pemain, mempunyai, seperti, pasukan, boleh, akan, sebelum, spurs, bahawa, tercicir, jika, memberitahu, anda, peluang, england, sumbangan, terus, menjadi, para, meluru, minit, setelah, adalah, juga, perlawanan, dalam perlawanan, jaringan, menjaringkan, mempunyai peluang, depan, liga, perdana, liga perdana, perdana england, walau, penonton, walcott tetapi, beliau akan, menggantikan, tidak, sasaran, menjadi sasaran, kecaman, sasaran kecaman, peminat, ketika, rehat, sebelum rehat, spurs dengan, pada, mengakui, terfikir, mahu, berpendapat, permainan, jari, lebih, baik, lebih baik, pemain yang, yang boleh, melalui, detik, pertama, hati, berusaha, separuh, dalam separuh, masa, separuh masa, kedua, jika anda, membuktikan, persie, bagi, setiap, bahawa walcott, akan menjaringkan, merapatkan, jurang, merapatkan jurang, bersaing, selepas, mata, rakan, jadi

Walcott tetap dipercayai Wenger walau diejek penonton

LONDON: Arsene Wenger memuji sumbangan dua gol Theo Walcott tetapi berkata beliau akan menimbang menggantikan pemain itu agar beliau tidak terus menjadi mangsa cacian para penyokong Arsenal.

Walcott menjadi sasaran kecaman peminat Arsenal di Stadium Emirates ketika Tottenham Hotspur meluru 2-0 sebelum rehat.

Bagaimanapun, Arsenal bangkit dengan membenam Spurs 5-2 dengan Walcott turut menyumbang dua gol pada minit ke-65 dan minit ke-68.

Wenger mengakui bahawa beliau terfikir mahu membuat pertukaran setelah mendapati Walcott seperti dipersalahkan para penonton kerana pasukan itu tercicir 0-2 sebelum rehat.

Tetapi Wenger berpendapat pemain antarabangsa England itu mempunyai kebolehan mengubah haluan permainan.

‘Bayangkan para peminat mula menuding jari ke arah Walcott. Ketika itu, saya fikir adalah lebih baik jika saya menggantikan Walcott.

‘Tetapi, dalam pada itu, saya juga berpendapat Walcott adalah pemain yang boleh bergerak cemerlang di belakang barisan pertahanan Spurs dan tidak ada pemain yang mempunyai keupayaan seperti itu.

‘Beliau mempunyai corak permainan yang sehala. Ada ketikanya, beliau gagal mengawal bola melalui sentuhan pertamanya.

‘Tetapi menyedari sumbangan yang boleh diberikan kepada pasukan, adalah wajar Walcott terus membentuk kesebelasan kami,’ Wenger memberitahu.

Walcott mengakui beliau menghadapi detik-detik sukar dalam 45 minit pertama tetapi berpuas hati dengan persembahannya.

‘Anda harus berusaha beraksi seperti selalunya. Saya cuba melupakan apa yang berlaku dalam separuh masa pertama.

‘Sebaliknya, saya berusaha melakukan yang lebih baik dalam separuh masa kedua. Lazimnya, jika anda bekerja keras, anda akan menikmati ganjarannya,’ Walcott memberitahu.

Menurutnya, kebangkitan Arsenal dalam perlawanan itu membuktikan perwatakan pasukan itu.

Robin van Persie, yang menyumbatkan gol kedua Arsenal, memberitahu: ‘Jika anda memperkata tentang Walcott, agak aneh pemain itu kerap menjadi sasaran kecaman.

‘Beliau banyak merintis peluang jaringan bagi saya. Dan, setiap orang tahu bahawa Walcott juga boleh menjaringkan gol.

‘Beliau membuktikan dalam perlawanan ini dengan sumbangan dua gol.

‘Sebelum ini, saya ada menyebut bahawa Walcott akan menjaringkan 20 gol musim ini. Percayalah, saya yakin beliau akan menjaringkan jumlah jaringan itu,’ tambah Van Persie selanjutnya.

Tetapi, siapa terfikir bahawa Bacary Sagna yang merapatkan jurang kedudukan 1-2 setelah Arsenal tercicir 0-2 melalui jaringan Louis Saha dan Emmanuel Adebayor.

Kini, Wenger percaya Arsenal mempunyai peluang bersaing bagi merebut tempat ketiga selepas merapatkan jurang kedudukannya dengan Spurs dengan tercicir tujuh mata sahaja.

‘Kami masih mempunyai peluang itu dengan syarat kami terus menang. Tetapi sebelum pertarungan ini, tugas itu mungkin mustahil.

‘Setiap pasukan yang bersaing dalam Liga Perdana England boleh tercicir mata tetapi jika kami bermain seperti dalam perlawanan ini, kami juga mempunyai peluang tersebut.’

Sementara itu, pengurus pasukan Spurs, Harry Redknapp, begitu terkejut bagaimana pasukannya boleh rebah setelah meluru 2-0.

‘Kami kelihatan seperti tertekan selepas meluru ke depan,’ beliau memberitahu. — Reuters.