Tag Archives: mengenai

Terus gampang bagi lelaki melencong di Batam

cyberita, singapura, yang, html, bagi, suami, wanita, dengan, dari, batam, kita, lebih, seorang, percuma, sini, pekerja, anda, hotel, iklan, sebuah, nagoya, boleh, mereka, hanya, minuman, tahun, seks, mengundang, bahaya, mengundang bahaya, pusat, kemudahan, buat, isteri, lelaki, pada, pergi, kata, berusia, lagi, sebagai, kerana, mahu, daripada, pekerja seks,seorang wanita, dari singapura, jagaan, pusat jagaan, jagaan suami, suami percuma, sebuah nagoya, kemudahan yang, boleh mengundang, mudah, bagi lelaki, pelacuran, berterusan, pihak, berkuasa, pihak berkuasa, pintu, tinggalkan, tinggalkan suami, suami kita, membeli, pergi membeli, belah, membeli belah, percuma hanya, bayar, bayar minuman, kata seorang, bertudung, wanita bertudung, tahun dengan, agak, rakannya, bebas, sana, sekitar, mengenai, apabila, dalam, malam, terdapat, sedozen, lebih sedozen, karaoke, serta, dulu, dikenali, kebanyakan, datang, yang datang, menawarkan, yang mahu, hiburan, khidmat, pelanggan, juga, atau, kelas, drebar, seorang drebar, pulau, mencari, tidak, kegiatan, termasuk, warga, akan, disemak, akan disemak, pesakit, bergerak, dana, kami

Terus gampang bagi lelaki melencong di Batam

SEKUMPULAN lima wanita mengerumuni pintu sebuah pub di Nagoya, Batam, dengan mata terpaku pada sekeping iklan pada papan tanda di tepinya.

‘Jangan buat pasal! Mereka suruh kita tinggalkan suami kita di pub ini ketika kita pergi membeli-belah? Mereka kata percuma, hanya perlu bayar minuman,’ kata seorang wanita bertudung berusia awal 50-an tahun dengan nada agak tinggi kepada rakan-rakannya yang ketawa terbahak-bahak.

‘Alah, biarkan suami kita di sini, tak luak pun. Kita bebas ke sana sini dan boleh beli apa kita suka. Bawa suami buat semak aje,’ celah seorang lagi wanita berusia lewat 40-an tahun dengan suara sinis.

Kumpulan wanita bertudung itu, yang dipercayai pekerja pembersihan di sebuah institusi posmenengah di Singapura, hanya berlalu pergi selepas sekitar 10 minit ‘berbahas’ mengenai ‘kemudahan’ yang disifatkan mereka sebagai ‘kelakar seram’ itu kerana boleh mengundang bahaya suami kahwin lagi secara sulit.

Wartawan Berita Harian yang kebetulan mahu memetik gambar iklan itu terpaksa berdiri agak jauh apabila melihat ‘mak cik-mak cik’ meleter di situ. Apabila diteliti, apa yang mereka leter dan ngomelkan itu ada asasnya.

Ini kerana iklan dalam bahasa Inggeris itu berbunyi: Pusat Jagaan Suami Percuma, Tinggalkan Suami Anda Di Sini Sementara Anda Pergi Membeli-Belah. Percuma. Hanya Bayar Minuman.

Pub itu dibuka dari 4 petang hingga 12 tengah malam. Terdapat lebih sedozen pub dan lebih sedozen lagi kelab malam, ‘port’ karaoke dan dangdut serta rumah urut di Nagoya, yang dulu dikenali sebagai Lubuk Baja.

Ada daripadanya tutup pintu menjelang subuh. Kebanyakan pengunjungnya lelaki dari Singapura dan Malaysia serta pekerja asing yang datang berbondong-bondong pada hujung minggu.

Kesemua tempat itu menawarkan kemudahan bagi lelaki mengambil minuman keras dan menjamu selera sambil mendengar muzik. Bagi yang mahu lebih daripada itu, sesetengah daripada pusat hiburan itu menawarkan khidmat seks.

Pelanggan boleh juga membuat tempahan, atau booking, untuk bermalam atau berseronok sekejap dengan pekerja seks kelas menengah itu di hotel-hotel di sana. Menurut seorang drebar di Hotel Harmoni yang mahu dikenali hanya sebagai Pak Joko, 60 tahun, kebanyakan wanita yang ‘cari makan’ di Batam berasal dari Pulau Jawa.

‘Mencari hiburan di sini tak semahal dan lebih bebas berbanding di Singapura. Minuman, karaoke, perempuan semuanya murah. Layanan di sini juga ramah, dan paling penting isteri tak tahu,’ kata seorang drebar teksi berusia 48 tahun dari Yishun, yang datang bersama tiga rakannya.

Walaupun pelacuran masih berterusan di Batam, tidak seperti dulu, wanita terlibat dalam kegiatan itu tidak dilihat berkeliaran mencari pelanggan sesuka hati, termasuk di hotel-hotel.

Ini kerana pekerja seks bagi kelas bawahan itu kini diperukkan di sebuah kawasan ‘lampu merah’ di Tanjong Uncang, sekitar setengah jam perjalanan dari Nagoya.

Tindakan pihak berkuasa Batam mengawal kegiatan pekerja seks, termasuk daripada dijadikan isteri simpanan warga seberang, bertujuan mengubah imej pulau itu, yang pernah terkenal dengan julukan ‘Bila Anda Tiba Anda Menyesal (Batam)’.

cyberita, singapura, yang, html, bagi, suami, wanita, dengan, dari, batam, kita, lebih, seorang, percuma, sini, pekerja, anda, hotel, iklan, sebuah, nagoya, boleh, mereka, hanya, minuman, tahun, seks, mengundang, bahaya, mengundang bahaya, pusat, kemudahan, buat, isteri, lelaki, pada, pergi, kata, berusia, lagi, sebagai, kerana, mahu, daripada, pekerja seks,seorang wanita, dari singapura, jagaan, pusat jagaan, jagaan suami, suami percuma, sebuah nagoya, kemudahan yang, boleh mengundang, mudah, bagi lelaki, pelacuran, berterusan, pihak, berkuasa, pihak berkuasa, pintu, tinggalkan, tinggalkan suami, suami kita, membeli, pergi membeli, belah, membeli belah, percuma hanya, bayar, bayar minuman, kata seorang, bertudung, wanita bertudung, tahun dengan, agak, rakannya, bebas, sana, sekitar, mengenai, apabila, dalam, malam, terdapat, sedozen, lebih sedozen, karaoke, serta, dulu, dikenali, kebanyakan, datang, yang datang, menawarkan, yang mahu, hiburan, khidmat, pelanggan, juga, atau, kelas, drebar, seorang drebar, pulau, mencari, tidak, kegiatan, termasuk, warga, akan, disemak, akan disemak, pesakit, bergerak, dana, kami

Akta kasino akan disemak bagi tangani masalah sosial judi

Akta kasino akan disemak bagi tangani masalah sosial judi

PEMERINTAH sedang menyemak Akta Kawalan Kasino, yang menentukan pengendalian dua resort bersepadu (IR) di sini.

Menurut Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua (Perdagangan dan Perusahaan), Encik S. Iswaran, sudah tiba masanya agensi-agensi terlibat melakukan semakan ke atas akta itu.

Bercakap kepada media pada akhir lawatannya ke MacPherson semalam, Encik Iswaran berkata Singapura kini mempunyai pengalaman dua tahun mengendalikan IR dan ini masa terbaik meneroka bidang kuasa lain yang timbul dalam pengurusan IR.

Beliau juga menyentuh tentang trend perjudian di kalangan golongan berpendapatan rendah, dan berkata semakan yang sedang dilakukan akan cuba menangani isu sosial itu.

‘Semakan ini akan mengetengahkan cara-cara menangani dan mengurangkan masalah sosial berkaitan dengan perjudian sambil memastikan objektif ekonomi tetap dapat dicapai,’ kata Encik Iswaran.

Menurut beliau, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan, Kementerian Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan sedang berkerjasama dengan agensi-agensi IR dalam semakan itu.

Mereka akan memberi tumpuan pada aspek seperti ekonomi, keselamatan, jenayah dan sosial mengenai kedua-dua IR itu.

Encik Iswaran, yang merupakan pengerusi jawatankuasa bersama yang mengendalikan isu melibatkan IR, berharap dapat mengongsi hasil semakan tersebut dalam beberapa bulan mendatang.

Semasa lawatan beliau itu, Encik Iswaran turut beramah-tamah dengan penduduk MacPherson di samping menyaksikan beberapa projek dan aktiviti yang dijalankan bagi golongan tua.

Beliau turut menyaksikan pelancaran Dana Penjagaan MacPherson, yang diharap dapat mengurangkan beban kos kesihatan jangka pendek bagi golongan warga tua di sana.

Dalam sesi dialog yang diadakan di Kelab Masyarakat MacPherson di Paya Lebar Way sebelum lawatan itu berakhir, Encik Iswaran menjawab beberapa pertanyaan penduduk yang rata-rata risau tentang kos perubatan dan penjagaan warga tua.

Selain memberi penerangan tentang perancangan pemerintah bagi membantu golongan tua, beliau membincangkan tentang kebaikan berpindah ke rumah kecil di bawah skim Bonus Perumahan Warga Emas.

‘Sejumlah besar wang simpanan kita berada dalam aset perumahan. Kita harus mencari jalan bagi mengeluarkan wang simpanan itu untuk kegunaan hari tua. Satu daripada caranya ialah dengan menjual rumah besar dan membeli rumah lebih kecil,’ kata Encik Iswaran.

cyberita, singapura, bagi, html, yang, encik, iswaran, encik iswaran, dengan, dalam, akan, semakan, beliau, src=, sedang, sosial, agensi, macpherson, tentang, golongan, warga, penduduk, akta, menteri, dapat, kementerian, beberapa, dana, rumah, lebih, hari, beramah, tamah, beramah tamah, dengan penduduk, penduduk yang, yang sedang, mudah, kasino, disemak, akan disemak, masalah, masalah sosial, pemerintah, menurut, kedua, perdagangan, perusahaan, perdagangan perusahaan, atas, pada, berkata, mengendalikan, perjudian, menangani, cara, mengurangkan, ekonomi, kata, kata encik, masyarakat, belia, memberi, mengenai, lawatan, turut, menyaksikan, bagi golongan, golongan beliau, penjagaan, kesihatan, rata, kecil, perumahan, besar, wang, simpanan, wang simpanan, kita, pesakit, bergerak, kami