Tag Archives: ruang

Niat Israel untuk serang Iran

israel, iran, yang, cyberita, komentar, amerika, nuklear, untuk, ialah, menyerang, telah, tentera, dengan, pakar, udara, pesawat, akan, para, serangan, tidak, iraq, bagi, dunia, perang, negara, nuklear iran, namun, encik, barat, perjalanan, http, menyerang iran, tentera amerika, dalam, tengah, jika, langkah, sekatan, perlu, yang perlu, oleh, musuh, program, pejuang, iaea, menghasilkan, pada, digunakan, bahagian, pertahanan, mudah, ejen, saintis, iran pula, dikatakan, bertindak, lalu, sebarang, timur, timur tengah, luar, israel menyerang, washington, berkata, terus, lebih, terhadap, menegaskan, seperti, syarikat, amerika syarikat, apakah, para pakar, masa, beberapa, agensi, pusat, dari, melakukan, melakukan serangan, udara yang, boleh, yang boleh, program nuklear, disebabkan, jauh, sukar, kerana, minyak, nuklearnya, mempunyai, tetapi, pernah, arab, gagal, iran yang, elektrik, tapak, reaktor, bagi israel, dapat, lebanon, digunakan untuk, lain, memenuhi, tiga, jalan, jalan udara, satu, pesawat pejuang, pejuang israel, melalui, terbang, cara, menggunakan, ruang, menggunakan ruang, jordan, sampai, sampai iran, dulu, termasuk, iaitu, ekonomi, sekatan ekonomi, tujuan, untuk tujuan, baru, kami

Niat Israel untuk serang Iran

RAMALAN Israel akan menyerang Iran telah meningkat sejak kebelakangan ini.

Hal ini berikutan perang saraf antara dua negara itu. Ejen Israel disyaki membunuh para saintis nuklear Iran dan Iran pula dikatakan mengerahkan para ejen menyerang para diplomat Israel. Namun, kededua negara menafikan bertindak sedemikian.

Dek bimbang, Penasihat Ehwal Keselamatan Amerika, Encik Thomas E. Donilon, menemui Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu di Baitulmakdis minggu lalu untuk mengetahui hal sebenar.

Pengerusi Ketua Bersama Angkatan Tentera Amerika Jeneral Martin Dempsey dalam interviu dengan CNN pula memberi amaran sebarang serangan Israel ke atas Iran pasti menjejas kestabilan Timur Tengah.

Setiausaha Luar Britain, Encik William Hague, memberitau BBC jika Israel menyerang Iran, ia bukanlah langkah bijak.

Media Barat melaporkan jurucakap Israel di Washington, Encik Lior Weintraub, sebagai berkata negaranya akan terus mengenakan sekatan lebih keras terhadap Iran.

Beliau menegaskan Israel seperti juga Amerika Syarikat sedang memikirkan apakah langkah-langkah yang perlu diambil.

Kemungkinan Israel menyerang Iran telah menjadi bahas di ibu kota Amerika, Washington DC.

Kalangan pakar tentera mempersoal kemampuan Israel melakukannya.

Bahkan, para pakar berpendapat kalaupun serangan itu dilakukan oleh kuasa besar seperti Amerika, ia akan memakan masa beberapa minggu.

Yang lebih menyulitkan, apakah nanti bentuk serangan balas yang akan dilancarkan Iran terhadap musuh-musuhnya?

Mantan Pengarah Agensi Risik Pusat (CIA) Amerika dari 2006 hingga 2009, Encik Michael V. Hayden, berkata Israel tidak mampu melakukan serangan udara yang boleh memusnahkan program nuklear Iran. Ini disebabkan perjalanan jauh yang perlu ditempuhi jet pengebom Israel.

Misinya amat sukar kerana Israel sekurang-kurangnya memerlukan 100 jet pejuang dan mengisi minyak di angkasa.

Pun pakar akur bahawa tidak ada siapa yang tahu tentang kekuatan tentera Israel.

Sejak pembocoran saintis nuklearnya, Israel diketahui mempunyai kelengkapan senjata nuklear tetapi tidak pernah diperiksa oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Hal ini menimbulkan kemarahan Dunia Arab yang mahukan zon bebas nuklear di Timur Tengah.

Iran pula menuduh Barat, terutama Amerika, bersikap dwitara.

Kekhuatiran Israel ialah rancangan nuklear Iran akan menghasilkan persenjataan ampuh jika dunia enggan bertindak.

IAEA gagal memeriksa semua kawasan ujian nuklear Iran yang didakwa bertujuan menjana elektrik semata-mata.

Tentera udara Israel pernah menyerang loji yang dipercayai tapak nuklear Syria pada 2007 dan pusat reaktor Iraq di Osirak pada 1981.

Bagi Israel, Iran merupakan musuh nyata. Dengan sokongan Iran, Hezbollah telah dapat bertapak di Lebanon dan gagal dihapuskan oleh Israel dalam beberapa perang di sempadan.

Iran dikatakan mempunyai empat tapak utama nuklear. Dua reaktor yang digunakan untuk menghasilkan bahan uranium ialah di Natanz dan Frodo sementara dua yang lain digunakan untuk memenuhi fungsi lain yang ada kaitan dengan program nuklear negara itu.

Menurut para pakar, ada tiga jalan udara yang boleh digunakan.

Satu ialah dengan pesawat pejuang Israel melalui bahagian utara Turkey atau terbang di bahagian selatan Arab Saudi.

Satu lagi cara ialah mereka terbang menggunakan ruang udara di bahagian tengah negara Jordan dan Iraq.

Yang paling baik bagi pesawat-pesawat sampai ke Iran ialah melalui jalan udara di Iraq.

Ini disebabkan Iraq belum membina pertahanan udara sejak pengunduran tentera Amerika Syarikat pada Disember lalu.

Dua tahun dulu, mungkin sukar bagi Israel melakukan serangan itu kerana tentera Amerika telah berjanji melindungi Iraq daripada sebarang ancaman dari luar termasuk Israel.

Jika Jordan bersetuju mengizinkan pesawat-pesawat pejuang Israel menggunakan ruang udaranya, masalah yang dihadapi seterusnya ialah soal jauhnya perjalanan untuk sampai ke Iran.

Israel memiliki jet penyerang buatan Amerika yang dipertingkat iaitu pesawat F15I dan F16I yang tidak dapat memenuhi perjalanan yang begitu jauh melibatkan perjalanan sejauh 3,200 kilometer.

Pakar-pakar pertahanan Amerika mengatakan bukan mudah menembusi benteng pertahanan Iran yang tertanam dengan kukuh.

Iran kini dikenakan sekatan ekonomi yang kian parah.

Namun, ia telah terlebih dulu menyekat eksport minyaknya ke Barat, termasuk Kesatuan Eropah (EU) – mengakibatkan kenaikan harga minyak.

Sekian lama Iran menegaskan program nuklearnya untuk tujuan damai iaitu penghasilan elektrik, tetapi Barat terus menyangsinya.

Baru-baru ini, rombongan merinyu IAEA tiba di Teheran bagi lawatan kali kedua dalam jangka masa tiga minggu.

Namun, rundingan dua pihak tidak menghasilkan huraian.

Iran telah menyifatkan sekatan ekonomi dunia ke atasnya serupa dengan perisytiharan perang.

Namun, ia hanya mempertingkat latihan ketenteraannya untuk tujuan membela diri.

Bagi pemerintah mullah Iran, musuh yang perlu diwaspadai ialah Israel yang terbukti menjajah Palestin dan menyerang Lebanon.

israel, iran, yang, cyberita, komentar, amerika, nuklear, untuk, ialah, menyerang, telah, tentera, dengan, pakar, udara, pesawat, akan, para, serangan, tidak, iraq, bagi, dunia, perang, negara, nuklear iran, namun, encik, barat, perjalanan, http, menyerang iran, tentera amerika, dalam, tengah, jika, langkah, sekatan, perlu, yang perlu, oleh, musuh, program, pejuang, iaea, menghasilkan, pada, digunakan, bahagian, pertahanan, mudah, ejen, saintis, iran pula, dikatakan, bertindak, lalu, sebarang, timur, timur tengah, luar, israel menyerang, washington, berkata, terus, lebih, terhadap, menegaskan, seperti, syarikat, amerika syarikat, apakah, para pakar, masa, beberapa, agensi, pusat, dari, melakukan, melakukan serangan, udara yang, boleh, yang boleh, program nuklear, disebabkan, jauh, sukar, kerana, minyak, nuklearnya, mempunyai, tetapi, pernah, arab, gagal, iran yang, elektrik, tapak, reaktor, bagi israel, dapat, lebanon, digunakan untuk, lain, memenuhi, tiga, jalan, jalan udara, satu, pesawat pejuang, pejuang israel, melalui, terbang, cara, menggunakan, ruang, menggunakan ruang, jordan, sampai, sampai iran, dulu, termasuk, iaitu, ekonomi, sekatan ekonomi, tujuan, untuk tujuan, baru, kami

S’pura kekal lokasi pejabat ketiga termahal

cyberita, ekoniaga, pejabat, singapura, yang, peratus, ketiga, bagi, dijangka, ekonomi, asia, kadar, pejabat ketiga, rantau, pasifik, asia pasifik, sewa, kadar sewa, suku, dalam, kekal, lokasi, lokasi pejabat, termahal, susut, susut peratus, tahun, berbanding, dengan, lebih, oleh, jangka, akan, mengekalkan, ketiga termahal, singapura kekal, rantau asia, ruang, bagi ruang, ruang pejabat, gred, pejabat gred, bandar, mencapai, peratus mencapai, keempat, suku keempat, suku ketiga, menduduki, tempat, pertama, ialah, hongkong, pada, sebagai, paling, ketiga paling, mahal, paling mahal, mahal rantau, kedudukan, 2009, firma, colliers, international, colliers international, chia, bulan, mendatang, bulan mendatang, syarikat, pasaran, pejabat singapura, singapura dijangka, kemerosotan, krisis, kerana, oleh kerana, sejagat, kewangan, pekerja, dalam jangka, menjejas, dijangka mengekalkan, merupakan, kukuh, ketidaktentuan, ketidaktentuan ekonomi, sewa pejabat, kami

S’pura kekal lokasi pejabat ketiga termahal

SINGAPURA kekal menjadi lokasi pejabat ketiga termahal di rantau Asia Pasifik.

Ini walaupun kadar sewa kasar tahunan bagi ruang pejabat gred A di kawasan bandar susut 1.7 peratus mencapai AS$82.42 ($103) bagi setiap kaki persegi (psf) bagi suku keempat tahun lalu, berbanding suku ketiga.

Menduduki tempat pertama ialah Hongkong, dengan kadar puratanya merosot 0.6 peratus mencecah AS$121.55 psf.

Tempat kedua ialah Tokyo yang berkurang 0.7 peratus mencapai AS$109.56.

Beijing, yang menduduki tangga ketujuh, mencatatkan kenaikan tertinggi sebanyak 8.8 peratus AS$48.53 pada suku keempat.

‘Singapura kekal sebagai lokasi pejabat ketiga paling mahal di rantau Asia Pasifik – satu kedudukan yang dikekalkan sejak suku ketiga 2009,’ ujar Pengarah Kajian dan Penasihat firma runding cara Colliers International, Cik Chia Siew Chuin.

Menjelaskan prospek kadar sewa Singapura bagi beberapa bulan mendatang, syarikat itu berkata pasaran hartanah pejabat di Singapura dijangka lemah tetapi rentak kemerosotan diramal lebih sederhana berbanding krisis ekonomi yang lampau.

‘Oleh kerana jangkaan sekitaran ekonomi sejagat lebih mencabar, banyak firma termasuk institusi kewangan utama dijangka menunda rancangan pengambilan pekerja dan peluasan dalam jangka pendek dan mengurangkan bilangan pekerja dalam operasi yang menunjukkan prestasi buruk atau tidak penting. Ini akan terus menjejas permintaan bagi ruang pejabat,’ tambah Cik Chia.

Namun, mereka dijangka mengekalkan kedudukan di Singapura sedang Asia merupakan rantau yang dijangka tumbuh dengan kukuh.

Dengan asas ekonomi Singapura yang kukuh, ia akan membantu negara ini mengharungi ketidaktentuan ekonomi dan mengekalkan kestabilan pasaran pejabat di sini.

Colliers International meramalkan kadar sewa pejabat di Singapura susut 10-15 peratus tahun ini berbanding kemerosotan 20-50 peratus dilihat dalam tahun pertama krisis kewangan sejagat pada 2009.

Oleh kerana ketidaktentuan ekonomi akan juga menjejas bandar lain di Asia Pasifik, Singapura dijangka mengekalkan kedudukannya sebagai pejabat ketiga paling mahal di rantau ini dalam jangka masa terdekat.

Di Hongkong, yang merupakan pejabat termahal di Asia Pasifik, kadar sewa pejabat gred A dijangka susut 8 peratus bagi 12 bulan mendatang.