Tag Archives: sini

Kepala tersangkut di mangkuk tandas

du_06.2

du_06.1

Kepala tersangkut di mangkuk tandas

LEEDS – Seorang remaja perempuan, Charlotte Taylor menanggung malu apabila dia menjadi tontonan ramai pengunjung kerana kepalanya tersangkut di dalam sebuah mangkuk tandas, lapor sebuah akhbar semalam.

Kepala Charlotte yang berumur 18 tahun berjaya dikeluarkan oleh anggota-anggota bomba selepas tersekat selama 20 minit dalam tandas di tapak festival muzik di sini, baru-baru ini.

Kejadian berlaku semasa tangannya cuba mencapai semula beg tangannya yang terjatuh ke dalam mangkuk tandas.

“Saya menggunakan sebelah tangan tetapi gagal mencapai beg lalu memasukkan satu lagi tangan menyebabkan bahu saya tersangkut dalam mangkuk tandas kayu.

“Muka saya berada hampir 30 sentimeter dari takungan najis tandas,” katanya.

Charlotte mahu mengambil beg itu kerana ia mengandungi beberapa barangan peribadi miliknya seperti telefon bimbit, tiket kereta api dan sejumlah wang tunai.

Seorang rakan Charlotte menghubungi pihak bomba di tapak festival selepas menyedari rakannya menghadapi masalah itu.

Dua anggota bomba yang memegang tubuh Charlotte menarik dia dengan kuat menyebabkannya mengalami luka di bahu dan pinggul.

Anggota-anggota bomba terpaksa membuka bahagian bumbung tandas untuk menarik tubuh Charlotte.

Dia segera dibawa ke tempat mandi dan pakaiannya ditanggalkan sebelum tubuhnya disembur dengan air untuk membersihkan kekotoran.

“Pihak bomba pada mulanya menyangka ia merupakan satu gurauan,” kata Charlotte.

kepala, kepala kini, kepala terkini, kepala terbaru, kepala baru, kepala skandal, gambar kepala, foto kepala, video kepala, biodata kepala, biografi kepala, sejarah kepala, web kepala, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita harian, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, macam-macam, Bf-1, Kepala tersangkut di mangkuk tandas

Kucing hidup ditusuk panah

du_08.1

Kucing hidup ditusuk panah

BLOOMINGTON, Amerika Syarikat (AS) – Seekor kucing di sini masih mampu hidup walaupun kepalanya ditembusi sebilah anak panah, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang doktor haiwan di sini berjaya menyelamatkan nyawa Brownie yang berusia empat tahun apabila anak panah sepanjang 33 sentimeter di bahagian tengkorak itu dikeluarkan.

Haiwan berkenaan dipercayai dipanah oleh individu yang tidak bertanggungjawab namun doktor haiwan tersebut percaya kucing itu selamat kerana ia baru kehilangan salah satu daripada sembilan nyawanya.

kucing, kucing kini, kucing terkini, kucing terbaru, kucing baru, kucing skandal, gambar kucing, foto kucing, video kucing, biodata kucing, biografi kucing, sejarah kucing, web kucing, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita harian, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, macam-macam, Bf-1, Kucing

Ibu gelap lahir anak cerah

du_04.1

Ibu gelap lahir anak cerah

OLINDA – Seorang wanita kulit hitam di Brazil, Rosemere Fernandes de Andrade mengejutkan ramai saintis selepas melahirkan tiga orang anak berkulit putih, lapor sebuah akhbar semalam

Seorang profesor genetik dari Universiti Persekutuan Pernambuco, Valdir Balbino berkata, perkara itu jarang berlaku kerana ibu-bapa dan dua adik beradik mereka berkulit hitam.

Menurutnya, peluang mendapat seorang anak albino adalah satu dalam empat hanya jika kedua-dua ibu dan bapa merupakan pembawa gen albino.

Keluarga tersebut tinggal di sebuah setinggan di sini, timur laut Brazil. Tiga kanak-kanak itu kerap menjadi bahan ejekan rakan-rakan di sekolah mereka

Pesakit albino tidak cukup pigmen melanin yang memberi warna gelap pada kulit, rambut dan mata serta melindungi badan daripada sinaran matahari.

“Saya bimbang mereka dijangkiti barah kulit kerana tiada wang membeli perlindungan yang mereka perlukan,” kata ibu berusia 27 tahun itu.

Selain itu, dia pernah ditahan seorang pengawal keselamatan sekolah yang menuduh dia cuba menculik tiga anaknya itu kerana perbezaan warna kulit.

gelap, gelap kini, gelap terkini, gelap terbaru, gelap baru, gelap skandal, gambar gelap, foto gelap, video gelap, biodata gelap, biografi gelap, sejarah gelap, web gelap, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita gelap, berita kl, berita tv, berita harian, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, gelap, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, macam-macam, Bf-1, hitam, putih, macam-macam, berita macam-macam